Search This Blog

Friday, 2 June 2017

ALUAN DARI MEJA PENGARAH URUSAN




Salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Industri automotif adalah merangkumi pelbagai bidang yang berkaitan dengan kenderaan bermotor, dan ia merupakan sektor ekonomi terpenting dalam hasil pendapatan negara pada masa kini. Sebagai sebuah pusat latihan kemahiran yang bertauliah, Akademi Automatif ASRARIA ingin terus memajukan program Latihan Vokasional yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia.

Tujuan penubuhan akademik ini adalah berperanan untuk memberi latihan teknikal kepada lepasan sekolah, institusi latihan kemahiran serta pekerja. Ini adalah bertujuan menyediakan mereka sebagai tenaga kerja yang berdaya saing dalam cabaran globalisasi. Untuk itu, usaha yang berterusan dilaksanakan bagi menjadikan akademi sebuah organisasi yang terunggul dalam menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan. Selain itu, penubuhan pusat akademik ini adalah sebagai menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan tenaga mahir untuk menjana modal insan yang benar-benar mempunyai kemahiran dan kecekapan di dalam bidang yang diceburi seperti lapangan Automotif.

Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sehingga ke tahap 4 dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi. Kursus yang dijalankan ini akan  memberi manfaat besar kepada pelajar yang menceburi bidang kemahiran. Dengan pendedahan yang diberikan, mereka yang kurang berupaya dalam bidang akademik atau meminati bidang ini akan berpeluang membuka perniagaan sendiri atau bekerja di bawah majikan dengan mendapat tawaran pekerjaan yang memuaskan.


Akademi ini juga akan meneruskan usaha bagi mempertingkatkan budaya kerja cemerlang melalui usaha peningkatan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan agar dapat memenuhi keperluan negara dalam bidang automotif.





 TUAN. HJ. ABU SEMAN BIN ABDULLAH
KETUA EKSEKUTIF
     AKADEMI AUTOMOTIF ASRARIA SDN. BHD.





#akademiasraria